Tuesday, 2 August 2011

LALUAN UTAMA DALAM TAMAN

LALUAN UTAMA

Konsep utama binaan luaran rumah yang direka bentuk ialah berasaskan kepada beberapa ciri utama yang dapat memberi kemudahan dan keselesaan penghuni dan pelawat semasa berada diluar rumah. Oleh itu tumpuan diberi kepada 3 ciri-ciri asas seperti berikut:
a.  Ruang laluan yang berbumbung, teduh dan terbuka.
b.  Persekitaran yang nyaman dengan kehijauan pokok-pokok bunga.
c.  Kemudahan tempat duduk secara santai.
Daripada ciri-ciri di atas, terbentuklah beberapa penampilan tersendiri yang mencorakkan taman yang mampu mengawal kedinginan udara diluar dan dalam rumah. Bergandingan dengan kemudahan istirehat. 

1. Pokok-pokok Bunga Hijau. 
    Ditanam secara rapat-rapat dan dibiarkan membesar dan menaungi ruang taman. kebanyakan pokok bunga dalam taman ini adalah daripada jenis yang tidak berbunga. Tujuan utamanya ialah mengawal dan menurunkan suhu persekitaran supaya lebih sejuk. 

2. Bangku Rehat.
    Diperbuat daripada beberapa bahan binaan, namun yang paling terserlah ialah bahan kayu kitar semula.  Selain daripada itu bangku konkrit dan bangku kepingan batang nibong. buaian dari kayu tembesu dan bangku kayu.

3.  Laluan Terbuka.
     Binaan laluan ini menyusuri pokok-pokok bunga dan teduhan rimbunan pokok. laluan ini dihiasi dengan blok konkrit. 


LALUAN UTAMA ini lebarnya 5 kaki dan berbumbung. Dihujungnya adalah pintu masuk ke Ruang Makan. Laluan ini menjadi jalam masuk kami yang paling kerap untuk kegunaan harian kerana ia berbumbung.

 RUANG LUAR rumah berhadapan pintu masuk ruang makan dihiasi dengan bangku kayu dan berlantaikan susunan kayu terpakai. dicelah-celah antara ruang lantai kayu itu di penuhi dengan batu-batu kecil yang menghasilkan suatu susunan kayu yang kemas dan berwarna semula jadi. Susunan kayu itu segaja tidak teratur kerana disesuaikan dengan kepingan kayu sedia ada tanpa menghasilkan serpihan buangan. 




RUANG LUAR berhadapan pintu masuk utama pula dibina bongkah-bongkah atau bangku  konkrit secara kekal dan dipasang tiles berwarna hitam dan putih. Dilihat secara keseluruhan, bongkah/bangku diruang ini kelihatan terserlah dan menguasai corak keseluruhan persekitaran ruang masuk. Ia juga berlantaikan kepingan kayu terpakai dan diselitkan batu-batu kecil dicelah-celah kepingan papan tersebut.

RUANG TERBUKA HADAPAN PINTU MASUK UTAMA

Pandangan dari dalam rumah kearah luar iaitu ruang taman yang berhadapan denganpintu utama. Semua bangku-bangku konkrit ini digunakan untuk tempat duduk santai. kelihatan diruang terbuka dipenuhi pokok bunga hijau yang menguasai taman dan suhu panas sekeliling taman. 


 BANGKU KONKRIT

Rupa bentuk bangku konkrit yang dipasang dengan kemasan tiles untuk kemudahan tempat duduk tetamu diluar rumah. 

BANGKU KAYU 

Bagi gambar di atas dan di bawah, ditunjukkan 2 jenis bahan binaan yang dijadikan bangku. 
Gambar di atas, bangku ini diperbuat daripada kayu terpakai 2".x 2". disusun sedemikian rupa bagi kelihatan cantik. Ia diletakkan diruang laluan teduh.


BANGKU KEPINGAN NIBONG

Bagi gambar atas dan bawah pula, bangku kepingan batang nibong,. Disusun rapat-rapat dan diletakkan di kawasan laman terbuka. kepingan batang nibong ini adalah tahan lama dan sesuai ditempat terbuka.

BANGKU KEPINGAN NIBONG


BANGKU KAYU

DUA gambar ini juga adalah bangku kayu daripada bahan terpakai. diletakakn ditempat terbuka. ia boleh digunakan samada sebagai tapak pasu bunga. Pada masa tertentu, seperti kenduri atau majlis keramaian ia boleh digunakan sebagai tempat duduk.

BANGKU KAYU

Bangku ini biasanya digunakan sebagai tempat meletak pokok-pokok bunga berpasu.


BANGKU KAYU TEMBESU.

Asal kayu-kayu ini adalah daripada tiang-tiang pagar lama yang telah dibuang dan telah dimakan anai-anai. Dibersihkan dan diolah semula menjadi bangku / tempat duduk

BUAIAN AISYAH  

(DIDIKASI UNTUK  NUR AISYAH IRFANI)

BUAIAN AISYAH ini adalah tempat kegemaran anak kami, Aisyah bermain setiap petang. Biasanya bila beliau disini, kami juga akan turut serta bersama minuman petang. Namun kegembiraan kami sekeluarga disini telah tiada kerana Aisyah bersama ibunya sudah tidak tinggal di rumah ini lagi. Buaian ini menjadi begitu bermakna buat ku bagi membuktikan kasih dan sayang ku kepada Aisyah

Insya Allah, kalau umur kami panjang, Aisyah akan akan kembali semula ke rumah ini. Abah sentiasa berdoa dan memohon kepada ALLAH semoga Aisyah akhirnya KEMBALI menetap dirumah ini selama-lama.

Buaian ini diperbuat daripada dahan-dahan kayu tembesu yang lama tapi masih baik dan tahan air. Diolah, dicantum dan dibentuklah sebagai sebuah buaian untuk 2 orang.

LALUAN DAPUR 

Ini adalah laluan tepi rumah menghala ke dapur. Dilihat dari pintu Ruang Dapur. Kelihatan bangku ditepi kiri dan pokok-pokok bunga ditepi pagar sebelah kanan. 

Lantai di laluan ini dihiasi dengan susunan blok konkrit buatan sendiri. Berbentuk bertaburan dan dikemaskan dengan batu-batu kuari kecil dicelah-celah blok konkrit. lantai di ruang ini sengaja dihias sedemikian rupa bagi mengelakkan ia ditumbuhi rumput-rumput liar yang tidak terjaga. 

Penggunaan bahan jenis ini akan menjadikan rumput liar tidak sesuai tumpuh. Dengan itu kawasan ini akan sentiasa kelihatan bersih.

Jumpa lagi.











No comments:

Post a Comment