Mula dibina semenjak 2005 yang lalu dan sehingga kini sebahagianya separuh siap. Sebab2nya ialah:
1. Rumah ini dibina sendiri oleh ku dimasa lapang.
2. Kos binaan yang terlalu tinggi kerana berbentuk Tradisional Tropical menjadikan kalau hanya terdapat kewangan yang terhad, lebih baik ditangguhkan.
Bahan Binaan.
80% kayu adalah bahan terpakai (recycle) yang dibaik pulih dan digunakan semula. Kayu-kayu ini dipungut dari bahan buangan dan dari rumah-rumah lama yang tidak digunakan lagi oleh pemiliknya.
RUMAH INDUK
1. Susunan asas rumah ini ialah:
Dibina 2 rumah utama. Bahagian belakang adalah Rumah Induk. Bahagian hadapan pula dibina Rumah Tamu (separuh siap). Memiliki 6 bilik tidur. Kedua-dua bangunan itu disambungkan melalui Laluan Berbumbung. Diantara kedua-dua rumah ini dibina Laman Hijau mini.
A. RUMAH INDUK.
Keluasan 1500 kaki persegi. memiliki 2 bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, ruang tv, dapur dan 2 unit bilik air. Rumah ini digunakan untuk kediaman kami sekeluarga.
Memiliki 2 laluan masuk utama iaitu - Melalui Ruang Tamu dan Melalui Ruang Makan.
PANDANGAN LUAR DARI RUANG TAMU.
LALUAN UTAMA KE RUANG MAKAN
LALUAN TERBUKA KE RUANG TAMU
DAN RUANG MAKAN
RUANG MAKAN
No comments:
Post a Comment