Wednesday, 6 July 2011

PANDANGAN HADAPAN

TERATAK KEDIAMAN KU

Ini adalah teratak kediaman ku sekarang dikampung asal. Suatu kediaman yang ku anggap paling unik rekabentuk yang dicipta oleh ku sendiri dan sesuai dengan jiwa ku sekeluarga. Sejarahnya seperti berikut.
Mula dibina semenjak 2005 yang lalu dan sehingga kini sebahagianya separuh siap. Sebab2nya ialah:
1. Rumah ini dibina sendiri oleh ku dimasa lapang.
2. Kos binaan yang terlalu tinggi kerana berbentuk Tradisional Tropical menjadikan kalau hanya terdapat kewangan yang terhad, lebih baik ditangguhkan.
Bahan Binaan.
80% kayu adalah bahan terpakai (recycle) yang dibaik pulih dan digunakan semula. Kayu-kayu ini dipungut dari bahan buangan dan dari rumah-rumah lama yang tidak digunakan lagi oleh pemiliknya.

                                                                  RUMAH INDUK

1. Susunan asas rumah ini ialah:
Dibina 2 rumah utama. Bahagian belakang adalah Rumah Induk. Bahagian hadapan pula dibina Rumah Tamu (separuh siap). Memiliki 6 bilik tidur. Kedua-dua bangunan itu disambungkan melalui Laluan Berbumbung. Diantara kedua-dua rumah ini dibina Laman Hijau mini.

A. RUMAH INDUK.
Keluasan 1500 kaki persegi. memiliki 2 bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, ruang tv, dapur dan 2 unit bilik air. Rumah ini digunakan untuk kediaman kami sekeluarga.
Memiliki 2 laluan masuk utama iaitu - Melalui Ruang Tamu dan Melalui Ruang Makan.
                                          LALUAN UTAMA KE RUANG TAMU
                                                                                    
 PANDANGAN LUAR DARI RUANG TAMU.
             
   LALUAN UTAMA KE RUANG MAKAN

                                            LALUAN TERBUKA KE RUANG TAMU 
                                            DAN RUANG MAKAN


RUANG MAKAN

Sunday, 3 July 2011

CACATAN PERTAMA

Ini adalah posting saya yang pertama dimana saya sangat2 berterima kasih Pak Zawi, dari LAISI yang telah menunjukkan cara membina blog ini.
Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk  mengiratkan silatullrahim antara kita sesama Islam memandangkan dalam situasi sekarang, banga kita dan agama kita telah berpecah belah mengikut haluan dan pendirian masing-masing.
Walhalnya kita telah memiliki panduan yang muktamat iaitu Hukum Islam yang menepati kehidupan kita sebagai penganut Islam.